Stranger Things (musim 1)

Musim pertama siri televisyen drama seram dan fiksyen sains Stranger Things ditayangkan di seluruh dunia pada perkhidmatan penstriman Netflix pada 15 Julai 2016.[1] Siri ini dicipta oleh Duffer Brothers, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama Shawn Levy dan Dan Cohen.Musim ini dibintangi Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Charlie Heaton, Cara Buono, dan Matthew Modine. Noah Schnapp, Joe Keery dan Shannon Purser bermain peranan berulang. Musim pertama Stranger Things menerima pujian sejagat, terutamanya untuk keaslian konsepnya, perwatakan, kualiti visual, lawak dan pemilihan pelakon-pelakonnya (terutamanya Ryder, Harbour, Wolfhard, Brown, Heaton dan Modine).

Rujukan

WikiPedia: Stranger Things (musim 1) http://www.bustle.com/articles/172579-is-hawkins-a... http://www.esquire.com/entertainment/tv/q-and-a/a4... http://www.etonline.com/news/196986_exclusive_stra... http://www.imdb.com/title/tt4574334/episodes http://tvline.com/2015/06/15/winona-ryder-montauk-... https://www.225batonrouge.com/entertainment/two-yo... https://deadline.com/2015/08/duffer-bros-netflix-s... https://deadline.com/2015/09/cara-buono-cast-netfl... https://deadline.com/2015/09/ross-partridge-cast-n... https://deadline.com/2016/10/stranger-things-netfl...